Tuesday

Perhiasan Dunia

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”




Yang pahit itu ubat....manis jangan terus ditelan...

Khasiat Peria

Hari ini buat jus peria...nak cuba minum esok pagi2..sebelum sarapan..tentu sangat pahit kan...
tapi sebab nak jadi ubat kena la telan jugak...info kat bawah mengenai peria ..celok dari saji online punye info.kut2 ade yang memerlukan...

Rupanya......... menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.

Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.

Tip mengenai peria:

• Pilih peria yang belum masak dan masih keras

• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.

• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.

• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.

• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.

• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.

• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.

Saturday

Tak mungkin Kerana Sayang.. ???

Coretan ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa,atau menyinggung sesiapa,sekadar luahan rasa hati begitu rawan mengenangkan sikapnya kini.....coretan ini hanya untuk diriku..kerana ia blogku.

Seketika aku cuba berhenti dari memikirkan perihal seorang sahabat ....Aku kira dia jujur dalam persahabatan, dapat menerimaku seadanya seperti mana aku telah menerima dia seada diri dan sikapnya .Aku lupakan krisis yang melanda kami,cuba memperbaiki perhubungan yang pernah retak, yang mungkin kerana kesilapanku....juga mungkin kerana kesilapannya..........atau kami sama-sama bersalah.

Banyak kali dia telah menyisakan aku, namun tidak pernah aku menyuarakan ketersinggungan sehinggalah suatu hal yang aku anggap dia dan temannya telah menyiarkan sesuatu yang padaku yang sakit mata dan jauh hati memandangnya...sedangkan masih ada foto lain yang lebih baik kenapa yang buruk itu yang ingin dipublishkan dan tanpa memberitahuku dahulu........dan tidak pun dia khabarkan oleh dia yang ku kira sangat rapat dengan ku...tapi kenapa orang lain yang memberitahu,yang menunjukkan nya pada aku...apa niat dia ketika itu?

Waktu tu aku begitu tersinggung lantas saja terhambur kata-kata amarah,itu lah kelemahan aku kerana mudah tersinggung dan beremosi , dari situasi itu yang kini membina jurang antara kami.Aku fikir lumrah lah bila terjadi hal-hal begini, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula manusia biasa pasti ada salah dan silap.Aku hanya beremosi ketika itu,tapi aku tidak pula terlintas untuk membenci atau menjauhi dia dan temannya.

Dan dia tidak pula menyesali tindakannya & teman nya itu..tiada  rasa bersalah atau bimbang terguris nya hati seorang sahabat seperti aku dengan melakukan sesuatu yang tidak aku senangi...Mungkin tiada..kerana pada mereka kesilapan total di bahuku,akulah yang telah memarahi mereka,aku lah yang bermulut laser,aku lah yang tidak pandai menjaga perhubungan, maka aku lah begitu bersalah dimatanya....

ku anggap dialah sahabatku yang begitu positif dalam hidup,kerana seringkali itulah yang diucapkan padaku,.....tapi kenapa dia mempunyai begitu banyak pandangan negatif terhadapku...aku terkedu sewaktu dia mengakui yang dia telah dipengaruhi oleh anggapan negatif terhadapku...apa selama ni dia berpura-pura dengan ku....
apakah seorang sahabat yang rapat.....akan meminggirkan sahabatnya kerana bercanggah pendapat dan ditegur oleh sahabatnya yang ketika itu sedang beremosi,selama aku bersahabat dengannya tidak pula aku pedulikan cerita2 buruk tentangnya,dan tidak pula aku menjaja cerita2 buruk tentang nya, aku tidak ambil pusing sangat..tapi masih dikata busy body?

Sangat sedih setelah dia datang menemui aku, aku kira keadaan akan menjadi jernih............tapi sebaliknya berlaku.Berjanji melupakan krisis yg terjadi,....Selama ini aku tidak pernah cemburu dan iri hati dengan siapa dia ingin berkawan ,dengan siapa dia ingin bersantai/bersosial...tapi kenapa dia menyisihkan aku....Dan kenapa bila aku punyai teman lain selain dia yang cuba aku rapati ,dia mulai menjauhkan diri....menunjukkan reaksi kurang  senang ,dalam hal ini  aku masih tercari-cari apa sebabnya ?

Jikalah benar seperti yang dikatanya.... menghormati aku sebagai kakak dan kawan, cubalah letak dirinya ditempat aku,dia sering melupakan aku,sengaja mencicirkan aku dlm aktivi yang sepatutnya aku berada disitu...apakah seorang teman rapat akan berkata " why should I invite her"....ohh.....begitu reaksi seorang yang mengaku aku sahabat baiknya.............kenapa menjadi duri dalam daging?.

Kini kami seperti kenalan saja ,...tidak  lagi seperti dulu....akrab dan mesra,memang aku merasa kehilangan namun kerana ini yang dia inginkan...aku akan menerimanya....mungkin ini akan lebih mengembirakan hidupnya......dan juga DIA di atas itu sedang mengujiku...aku  redha...biarpun hati terluka begitu dalam dengan sikapnya.

cont'..........Secebis Nostalgia...........

Sebahagian dari memori perjalanan yang dilalui..........Safari terletak diantara Bkk ke Pattaya.Pengunjung harus duduk didalam kenderaan sementara haiwan2 ini bebas berkeliaran.


Pak belang berehat..sampai kat safari dah tengahari..cuaca panas..


Diantara itinery perjalanan di bawa menonton pertunjukkan ikan Dolphin yang menyeronokkan!tapi cuaca panas sangat.

Comel nye ikan2 ni....

"kiss the beutiful girls........"

Malam hari di Pattaya.....malam lebih ssibbukk dari siang.

Tempat yang selalunya dikunjungi pelancung lelaki di Pattaya....fuhhh....tiger show.

Dah selesai show didalam ..diaorg ni turun sampai parking beb....ternganga mulut tengok...aksi2 nye.

cont'..........Secebis Nostalgia...........

Pemandangan dari atas tempat penginapan semasa di Bkk...tinggi ooo


pemandangan dari atas waktu pagi......

Naik feri merentasi Sungai Chao Phraya

Antara scenery yang terdapat di sepanjang Sungai Chou Phraya

Feri yang selesa untuk menyusuri perairan sungai yang menjadi tarikan pelancung ke Bkk

Terdapat banyak kuil-kuil buddha di sepanjang Sg.Chao Phraya ini.

Lihat .....mencari rezeki...bisnes tetap bisnes beb...walau dalam air....

Pada tempat tertentu feri ini akan singgah sebentar,supaya dapat melawat disekitar ..kebanyakkannya kuil buddha.

Dalam Sungai Chao Phraya ni.....banyak giler ikan -ikan ni....ikan patin....besar2....huh

Tengok tu ..disepanjang sungai penuh dengan ikan2 ni.....

SeCebis Nostalgia...........

Nak upload balik gambo masa pegi Bkk dan Pattaya dulu tu....
elephant show...mmg mengkagumkan
masa ni kalau nak bagi pisang or duit elephant ni boleh amik sumenye....best taw....
ni pulak tarian kebudayaan di Nong Nak Pattaya

Wednesday

aquaria klcc

Bawa my daughter to KLCC...masuk Aquaria............sebahagian foto2nye...



Saturday

ape aje lah

Hardly to update  my blog lately..........adakala idea nak menulis tu mencurah-curah..tapi time kerja lak masa tu..banyak banyak benda yang nak diluah kan kat sini..tapi tak semua harus dipaparkan kat pensil maya ni ...aku suka membaca dan menulis sesuatu apatah lagi bila hati tengah bingung ...hahaha cuma aku kurang selesa untuk memapar kisah rutin seharian dan kisah-kisah hidup ku di sini,tapi kadang-kadang tu ade jugak kan..yelah manusia akan sentiasa berubah mengikut masa dan keadaan,biarpun ada orang kata yang mereka tidak berubah tapi usia tetap akan menginjak menuruti masa yang kian berlalu.

Thursday

kehidupan...dan teman

Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran
Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati
Hilang kekasih mungkin berganti
Yang ku harapkan teman sejati


kau akui kekhilafan diri namun masih lagi kau mungkiri
dan sering pula kau akui telah bermuhasabah diri
lalu aku terus keliru .... tidak pasti...dan terasa di khianati
apakah kata-katamu boleh di percayai kini


Kita mungkin ditakdirkan tidak lagi seiringan
Jauh  disudut hati...ada kala terkenangkan
Ku cuba melontar jauh  semua kenangan
Inilah secebis dari sketsa kehidupan berteman