Coretan ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa,atau menyinggung sesiapa,sekadar luahan rasa hati begitu rawan mengenangkan sikapnya kini.....coretan ini hanya untuk diriku..kerana ia blogku.
Seketika aku cuba berhenti dari memikirkan perihal seorang sahabat ....Aku kira dia jujur dalam persahabatan, dapat menerimaku seadanya seperti mana aku telah menerima dia seada diri dan sikapnya .Aku lupakan krisis yang melanda kami,cuba memperbaiki perhubungan yang pernah retak, yang mungkin kerana kesilapanku....juga mungkin kerana kesilapannya..........atau kami sama-sama bersalah.
Banyak kali dia telah menyisakan aku, namun tidak pernah aku menyuarakan ketersinggungan sehinggalah suatu hal yang aku anggap dia dan temannya telah menyiarkan sesuatu yang padaku yang sakit mata dan jauh hati memandangnya...sedangkan masih ada foto lain yang lebih baik kenapa yang buruk itu yang ingin dipublishkan dan tanpa memberitahuku dahulu........dan tidak pun dia khabarkan oleh dia yang ku kira sangat rapat dengan ku...tapi kenapa orang lain yang memberitahu,yang menunjukkan nya pada aku...apa niat dia ketika itu?
Waktu tu aku begitu tersinggung lantas saja terhambur kata-kata amarah,itu lah kelemahan aku kerana mudah tersinggung dan beremosi , dari situasi itu yang kini membina jurang antara kami.Aku fikir lumrah lah bila terjadi hal-hal begini, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula manusia biasa pasti ada salah dan silap.Aku hanya beremosi ketika itu,tapi aku tidak pula terlintas untuk membenci atau menjauhi dia dan temannya.
Dan dia tidak pula menyesali tindakannya & teman nya itu..tiada rasa bersalah atau bimbang terguris nya hati seorang sahabat seperti aku dengan melakukan sesuatu yang tidak aku senangi...Mungkin tiada..kerana pada mereka kesilapan total di bahuku,akulah yang telah memarahi mereka,aku lah yang bermulut laser,aku lah yang tidak pandai menjaga perhubungan, maka aku lah begitu bersalah dimatanya....
ku anggap dialah sahabatku yang begitu positif dalam hidup,kerana seringkali itulah yang diucapkan padaku,.....tapi kenapa dia mempunyai begitu banyak pandangan negatif terhadapku...aku terkedu sewaktu dia mengakui yang dia telah dipengaruhi oleh anggapan negatif terhadapku...apa selama ni dia berpura-pura dengan ku....
apakah seorang sahabat yang rapat.....akan meminggirkan sahabatnya kerana bercanggah pendapat dan ditegur oleh sahabatnya yang ketika itu sedang beremosi,selama aku bersahabat dengannya tidak pula aku pedulikan cerita2 buruk tentangnya,dan tidak pula aku menjaja cerita2 buruk tentang nya, aku tidak ambil pusing sangat..tapi masih dikata busy body?
Sangat sedih setelah dia datang menemui aku, aku kira keadaan akan menjadi jernih............tapi sebaliknya berlaku.Berjanji melupakan krisis yg terjadi,....Selama ini aku tidak pernah cemburu dan iri hati dengan siapa dia ingin berkawan ,dengan siapa dia ingin bersantai/bersosial...tapi kenapa dia menyisihkan aku....Dan kenapa bila aku punyai teman lain selain dia yang cuba aku rapati ,dia mulai menjauhkan diri....menunjukkan reaksi kurang senang ,dalam hal ini aku masih tercari-cari apa sebabnya ?
Jikalah benar seperti yang dikatanya.... menghormati aku sebagai kakak dan kawan, cubalah letak dirinya ditempat aku,dia sering melupakan aku,sengaja mencicirkan aku dlm aktivi yang sepatutnya aku berada disitu...apakah seorang teman rapat akan berkata " why should I invite her"....ohh.....begitu reaksi seorang yang mengaku aku sahabat baiknya.............kenapa menjadi duri dalam daging?.
Kini kami seperti kenalan saja ,...tidak lagi seperti dulu....akrab dan mesra,memang aku merasa kehilangan namun kerana ini yang dia inginkan...aku akan menerimanya....mungkin ini akan lebih mengembirakan hidupnya......dan juga DIA di atas itu sedang mengujiku...aku redha...biarpun hati terluka begitu dalam dengan sikapnya.

