Thursday

Nasi Beriani Udang

Jom Masak....Nasib baik sempat....lepas tengok menu kat bazaar Ramadhan kureng menarik dan ciput sangat dapatnye...pastu  kena rushing balik nak masak....tapi masak apa ekkk......beriani udang lah...terbaca resepi tu tengahari tadi ......makanya ini hasil nya...lauk-lauk nya simple dan kuah pulak  ayam masak kurma (ready made).............yummy!!!

Wednesday

Pergi Bazaar Ramadhan.........

Hari ke-tiga pose.baru ade peluang pergi bazaar.....selepas waktu berkerja la....dalam hati apa nak di beli untuk berbuka petang ni.....round dulu ...pastu baru membeli...
At last beli le nasi tomato dan ayam percik...menu utama le tu...sampingan kuih serba sikit...
semasa sibuk dok meninjau-ninjau tu.....terjumpa kawan jual air kat bazaar tu...air laici kang &  air longan.........sedappp..........

Tuesday

Bahu anda sakit?

KESAKITAN dan ketegangan bahu antara masalah biasa yang sangat mengganggu kerana ada kalanya ia boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu pergerakan.
Antara rungutan biasa akibat masalah bahu ialah kesakitan berpanjangan ketika membuat pergerakan tertentu atau bahu terasa sangat tegang dan kaku.
Masalah bahu boleh terjadi dalam banyak keadaan, terutama jika tidak melakukan sesuatu pekerjaan dengan betul, mengulang pergerakan sama untuk tempoh panjang (seperti pekerja kilang) atau selepas mengalami trauma (kecederaan).
Apabila bahu sakit, pergerakan tangan juga terbatas. Jika dibiar berterusan, kesakitan akan bertambah dan mempengaruhi kerja seharian serta prestasi kerja, terutama bagi individu yang perlu melakukan banyak pergerakan tangan, termasuk pemain golf, badminton, tenis dan ahli sukan angkat berat.Pada masa sama, individu yang mengalami masalah bahu kerap mengadu berasa lemah badan, sukar melakukan pergerakan tertentu, bahu terasa ‘longgar’ dan tidak stabil

Friday

MADU GAMAT

Kalau ada yang berminat nak membeli madu gamat bolehlah menghubungi saya..or boleh tinggal pesanan kat comment.
Antara khasiatnya
- menyihatkan limpa, buah pinggang, jantung serta organ dalaman
- baik untuk lelah, batuk, gastrik dan ulser

- melancarkan pencernaan (berak tak lawas)
- melancarkan darah dan mengatasi magrain- baik untuk buasir dan luka-luka dalam perut

- baik untuk anak-anak yang sedang membesar serta otak yang cergas

- mempertingkatkan stamina dan mengatasi kelesuan dengan cepat

- sangat baik untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mahu pun selepas bersalin

Harga : RM 17.00 tidak termasuk pos

Isipadu botol : 450 ml

Diedarkan oleh Azam Gamat Enterprise ,Pulau Langkawi Kedah

Thursday

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....

SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA ...AMIN

" Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas…
Amin2 Ya rabbal Alamin…
----------------------------------------------------------------
Kadar zakat fitrah 2009 : RM7.00
PUTRAJAYA 19 Ogos - Kadar zakat fitrah di Wilayah Persekutuan bagi Ramadan tahun ini dinaikkan daripada RM5.20 kepada RM7.Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat CheAli berkata, faktor kenaikan itu adalah berdasarkan perkembangan semasa.''Sama seperti di Selangor, zakat fitrah di Wilayah Persekutuan juga RM7.''Kadar ini ditentukan setelah melihat keputusan yang dibuat olehjawatankuasa fatwa dan perkembangan semasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Hari ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengumumkan bayaranzakat fitrah di negeri itu bagi tahun ini naik kepada RM7 daripadaRM5.20 tahun lalu.Ia dipengaruhi kenaikan harga beras di pasaran yang menjadi makanan utama di Selangor.
----------------------------------------------------------------
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Ramai yang tengah cari jadual waktu berbuka puasa untuk seluruh negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Kalau nak dapatkan, senang aje, layari:
http://www.islam.gov.my/portal/puasa.php
Daripada Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan”. (al-Bukhari dan Muslim) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Tuesday

Dunia Yang Sepi-Hijjaz

Lirik lagu ini begitu menyentuh kalbuku disuatu ketika....sebagai insan aku akan meminati sesebuah lagu berdasarkan senikata/liriknya yang bermakna dan tersembunyi maksud yang tersirat dan tersurat.....aduhai aku insan yang lemah,namun aku takkan mudah menyerah......

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai


Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

p/s: semoga kehidupan ini memberi kebahagiaan buat insan-insan lain jua........