KESAKITAN dan ketegangan bahu antara masalah biasa yang sangat mengganggu kerana ada kalanya ia boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu pergerakan.
Antara rungutan biasa akibat masalah bahu ialah kesakitan berpanjangan ketika membuat pergerakan tertentu atau bahu terasa sangat tegang dan kaku.
Masalah bahu boleh terjadi dalam banyak keadaan, terutama jika tidak melakukan sesuatu pekerjaan dengan betul, mengulang pergerakan sama untuk tempoh panjang (seperti pekerja kilang) atau selepas mengalami trauma (kecederaan).
Apabila bahu sakit, pergerakan tangan juga terbatas. Jika dibiar berterusan, kesakitan akan bertambah dan mempengaruhi kerja seharian serta prestasi kerja, terutama bagi individu yang perlu melakukan banyak pergerakan tangan, termasuk pemain golf, badminton, tenis dan ahli sukan angkat berat.Pada masa sama, individu yang mengalami masalah bahu kerap mengadu berasa lemah badan, sukar melakukan pergerakan tertentu, bahu terasa ‘longgar’ dan tidak stabil