Thursday

realiti ..di pikir2

Bila di fikir-fikir ,di bayang-bayang memang la tidak puas hati pada sesuatu di sesuatu tempat...coba teka siapa yang kena.

Ye lah manusia biasa cuma , bisakah puas hati selama nya, selalunya ada something yang terusik di jiwa cuma
adakala tersembunyi dan adakalanya terluah sama ada secara sengaja atau tidak...

Mesti tension kan..berteka-teki macam ni...tapi itulah realiti hidup tak semua dapat di serlahkan secara
terbuka.....khuatir nanti keterbukaan memakan diri...tapi tidak juga mau jadi orang baling batu sorok tangan.

Saturday

Tekad keinginanku......2011

......sambung belajar..dikala dihambat usia...mampukah aku?
Teruja untuk continue study yang terkandas kerana keadaan pada waktu itu....
Cemburu melihat orang lain berilmu.......
Ingin meningkatkan kemahiran & ilmu pengetahuan
Memperbaiki taraf kerjaya.....

Syukur kerana mendapat sokongan suamiku.
Jua anak-anakku...
Cuma aku kini.....aku mesti bertekad dan semangat biar pun berusia.

Kerinduan yang mencengkam

Selepas magrib tadi perasaan ini berbaur sayu dan diuliti kerinduan yang amat sangat .
Dapatkah mereka di sekelilingku menyelami saratnya beban kerinduan yang tiada penghujungnya ini
mungkin hingga hujung nyawa.

Airmata tumpah akhirnya biar dicuba melawan perasaan ini.Hebatnya kerinduanku pada mereka yang pergi buat selamanya...my parents.Even ketika mencurahkan kesyahduan sanubariku di sini masih tersisa kepiluan hati sekian lama...

Jua kerinduan pada saudaraku yang jauh di mata tapi dekat di hati....mungkinkah  mereka merasa rindu padaku?.........