Monday

Si kecilku mula bersekolah 03-Jan-2011



Menempuhi suasana baru bila si kecilku mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan
 pada tahun ini.bermula dengan hari orientasi pad 31-Dec-2010...seterusnya hari pertama persekolahan adalah detik-detik yang ingin ku hayati bersama dia...kerana mungkin ini detik terakhir aku mempunyai anak yang memulakan persekolahan...begitulah kata suamiku juga.
Makanya sebagai parent ....aku teruja untuk menemani si kecil di sekolah nya walau pun dia tidaklah menangis atau meminta aku menemaninya.














Aku ingin melihat sendiri keadaanya sewaktu hari pertama di kelas,merakamkan saat-saat itu yang tak kan dapat diulangi selepas ini...kerana masa akan berlalu dan si kecil akan membesar nanti.keterujaan kali ini membuat aku turut berada di sekolah si kecilku untuk dua hari seperti yang dibenarkan oleh pengetua sekolah berkenaan.
Sessi pagi di sekolah kebangsaan dan sesi petang di sekolah kafa pulak...memang anakku agak keletihan
bila di sessi petang..namun tetap happy bila bersama kawan-kawan terutamanya yang dulu satu tadika

dengannya.Macam-macamlah  karenah dan gelagat pelajar kecil , ada yang mencuit hati namun itu lah realiti anak-anak yang masih bersih jiwanya...Pasti selepas ini kami akan merindui gelagat si kecil yang dulunya baby comel keluargaku....we love u..Ika.

Saturday

Happy New Year 2011

Waktu terus berlalu dan tahun silih berganti...umur kian bertambah...hidup bertambah sibuk....argghhhh
Namun syukur pada Ilahi kerna memanjangkan usiaku ...dapatlah aku mejengah ke tahun 2011.
Harapan ku semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas-lepas dari segala segi.
Semoga dapat bersabar dan berbuat kebaikan melebihi keburukan,memperbaiki kekurangan diri dan ikhlas dalam apa jua yang dilakukan...Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran.