Saturday

Keinginan vs Kerisauan

Jadi manusia terlalu banyak yang kita inginkan,begitu sukar memahami keadaan dan orang lain.Semakin tak terhitung insan-insan yang tiada pertimbangan yang waras,tiada belas kasihan,sombong dan pelbagai lagi.
Gambaran seperti tenang dan selamat, hakikatnya kita harus waspada sentiasa,manakala kita alpa dan lalai ada saja insan-insan yang akan meggunakaan kelemahan dan kelalaian kita untuk kesenangan mereka.
Kadang-kala kita sukar mempercayai orang sekeliling apatah lagi insan yang tidak dikenali...perasaan tidak selamat selalu melekat di hati..namun pada ALLAH jua disandarkan segenap perlindungan.

Sesuatu yang tidak terduga

Segalanya dengan ketentuan Allah swt,berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Terpana seketika tika mendapat khabar,ibu saudara kemalangan.Takut dan risau menyelubungi hati,mak usu yang bagaikan ibu sendiri itu terbayang wajahnya,bagaimana keadaannya...hati di dalam gundah gulana biar pun wajah cuba tersenyum.
 Masa kritikal sudah berakhir, mak usu selamat dari ambang maut, umur masih panjang,...Nov 29 2010 akan terpahat ,sebuah memori yang meragut ketenteraman sisa-sisa umurnya...sangat kasihan.
Semoga mak usu sabar dan redha dengan takdirnya di akhir-akhir usia,juga semoga kasih anak-anak tidak terkurang dengan kondisinya sekarang...mak usu perlukan sangat dokongan padu dari sahabat handai,jiran tetangga dan paling utama anak-anak disisi nya untuk meneruskan hayat yang berbaki itu...aku masih memerlukan kehadiran mak usu sebagai penganti ibuku yang telah pergi selamanya...Ya Allah sembuhkan lah mak usu seperti sediakala,tapi mungkinkah...mak usu mungkin akan hilang upaya kerana kemalangan itu...permudahkan lah perjalanan hayatnya yang tersisa ini Ya Allah.