Thursday

Saat Yang Berlalu


Perjalanan hidup terus berlalu seiring dengan pertambahan usia dan pergerakan dunia ini.Apa yang yang dulu pernah mewarnai kehidupan apatah lagi yang penuh kemanisan biar dari apa jua sudut pasti meninggalkan suatu kenangan yang jauh masih kekal di sudut hati.


Merenungi dan merindui zaman silam bukanlah suatu yang kejanggalan,cuma kadang-kala kita akan begitu tersentuh
dan berharap masa lalu
datang kembali  tapi
mungkinkah......
pasti tidak lagi bukan.

Betapa aku merindui kehijauan
tanaman padi seluas mata memandang
yang kini tak dapat ku nikmati lagi
disetiap petang berlabuh...
ohh betapa indah perasaan dan kenangan itu.



Mungkinkah kerana ini kalbuku mudah dihambat kesayuan
tatkala senja melabuhkan tirainya...
tatkala mentari kian hilang cahayanya...


Dan pabila subuh melabuhkan tirai aku merasa
begitu nyaman....kesejukan kabus pagi
di kampung halaman memang menyegarkan.
Itu jua hanya tinggal kenangan seperti
mana bersemadinya kasih ku pada ibu tersayang.