Friday

Open house Syawal

Kesibukan sepanjang Ramadhan yang lalu..seterusnya menyambut 1 Syawal menyebabkan kurangnya waktu tenggang untuk ku menjengah ke blog ini...

Mungkin pada waktu ini masih ramai diluar sana masih meraikan Syawal tahun ini.
Mengambil kesempatan untuk menziarahi sanak-saudara dan sahabat taulan...

Soalan lazim ini sering diutara kan pada waktu-waktu bulan Syawal ini..."Bila ko nak wat open house"?Emmmm..........berbagai reaksi akan kita lihat kan.

Pada aku jika kita boleh buat open house ,memang lah sungguh baik, apatah lagi dapat menjamu semua kawan-kawan,jiran tetangga dan sanak saudara ,handai taulan...ergh...memang meriah.
Pada yang ada budget melimpah ruah kepenatan menyediakan juadah hidangan yang beraneka dan memikat selera tentu tidak menjadi beban dan bukan satu persoalan...yang penting ada RM semua boleh buatkan...apatah lagi zaman sekarang call saje caterring,khemah,kerusi meja pon sampai depan rumah...siap pelayan lagi kalau mahu.hai dah macam kenduri kahwin pon boleh buat.

Itu kisah orang terlebih-lebih budgetnye....pada yang cuma ada keinginan tapi perlaksanaan belum tau cukup ke tak cukup neh....ermmm...fikir panjang ler nak sebut perkataan"open house tu"
Pada masa kemelesatan ekonomi seperti sekarang,kita mungkin akan berfikir 2-3 kali untuk buat "open house" yang grand gitu.

Sekiranya kita ingin menziarahi kawan-kawan,sahabat handai atau saudara-mara tidak semestinya kita dijamu dengan makanan yang lazat dan ada "open house" baru nak pergi.Asal kan kita teringat nak menziarah & beramah mesra tak kiralah ada "open house " atau tidak, kita datang sajalah ke rumah mereka asalkan mereka ada di rumah .Di jamu dengan air teh pun sudah memadai, itu pada saya lah...orang lain sya tak tau ler macam mana.