Thursday

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FitRi 1430H


Syawal akan menjelang,Ramadan pula pergi meninggalkan kita,semoga berkesempatan bertemu lagi dengan bulan yang penuh kemuliaan ini....Aidil Fitri hari untuk kita meraikan kemenangan menjalani ibadah puasa,bergembira bersama keluarga dan sahabat handai,namun sebagai insan di waktu-waktu beginilah nurani mudah tersentuh,apatah pabila insan-insan kesayangan telah pergi meninggalkan kita.


Bila terkenang akan masa silam hati terasa pedih apatah lagi di hari raya tidak dapat menatap wajah orang-orang yang dikasihi...begitu jua dengan insan2 yang tidak bernasib baik,tentu hati mereka dirundung hiba.
Irama hari raya yang berkumandang begitu meruntun-runtun kalbu...
ya Allah berikan kebahagian Syawal ini pada mereka2 yang tidak bernasib baik walau di mana jua mereka berada.Aminnnn.

Friday

Suatu Perjalanan...............


Sesuatu yang tidak disangka sering kali mendatangi kita, hidup ini suatu perjalanan menuju kematian,hanya sejauh manakah kaki akan melangkah dan berapa jauh perjalanan menyusur hidup ini......
Sering kali dalam kehidupan ini...cerita sebuah kehidupan tak mungkin sendirian,,,,,begitu banyak pemain watak-watak dalam meneruskan perjalanan sebuah kehidupan...
Kesalan dan kelukaan adalah suatu warna dalam hidup ini...mungkin kah kemaafan dan kerelaan melalui semua kesakitan ini penawarnya...
Ada insan sering merasakan diri mereka lebih baik , bangga bila  menghitung kebaikan diri dan budi bahasa.
Melihat kenaifan insan lain dan mencela dan membandingkannya.......ikhlas kah hati insan sebegitu.
Bersyukurlah sekiranya taufik dan hidayahNya sampai kepada jiwa nurani, namun dengan melakukan segalanya dengan betul dan lebih baik dari yang lain, merasa diri mulia dgn memenuhi ciri -ciri insan yang tiada sifat-sifat mazmumah ........ tidak bererti harus merasakan betapa berkualitinya diri sendiri,kita  tidak mampu tahu apa percaturan hidup yang telah tersurat olehNya.....

Wednesday

KiAN

Ada ketikanya sebuah lirik lagu dapat melukiskan apa yang tersirat dihati.....bait-bait lirik lagu Kian ini begitu meruntun jiwa bila terkenangkan seseorang.....Ya Allah semoga di limpahkan taufik dan hidayahMu buatnya ...

Kian hilang
Kian jauh
kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Kemanakah ..........nak dibawa
Resah kian melanda

Dimanakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih dihujungnya nyawa
Rasa ingin di manja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Di sana
Biarlah .......kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya sudah lama
Ku sungguh berkecil hati


Mari Berpetua orang dulu-dulu

Petua sering dilakukkan oleh orang tua-tua dahulu...kini petua lama masih berguna dalam waktu terdesak namun haruslah yakin kesembuhan hanya dari ALLAH...petua hanya lah cara .....PETUA2 YG ELOK DI AMALKAN……….Mulakan dgn bismillah……. & selawat 3 x InssayaAllah .

Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi.Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantungdan paru-paru.Menahan NafasMenahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.
Memulihkan Sakit Jantung-
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula.Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.Menghindarkan Sakit JantungElakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15minit sehari.Menghilangkan Bisa-bisa Tulang1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnyaselama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu
2 .Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk,minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan.Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudianbersihkan dan mandi seperti biasa.

Luka BersalinBagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengancepat seperti berikut :-
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam,gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tigakali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapabiji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan danminum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahantadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum airrebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripadadirebus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam danlada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas BersalinJika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepasbersalin, amalkan petua ini:-
1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan padaapi sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaiphari.
2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusantersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelasair suam. Minum dua kali sehari.
4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.Telinga Dimasuki AirJika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri.Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.Mengelakkan Kelesuan Ketika HaidCara untuk mengatasinya ialah :-* Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gulamerah. Biarkan mendidih.* Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.

Memerahkan Bibir
1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahansetiap hari.
2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelumtidur.

Rawatan Anak Demam Panas
1.Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helaidaun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukanpada dahi dan rambut anak.
2.Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawatsebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkanseharian.

Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi.Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

Bawang Putih Bunuh Kutu
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tigasudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.

Bengkak Akibat Terjatuh
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yangbenjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadisusut.

Batuk
1.Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal dikerongkong. Cubalah mengikut petua ini:1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila keraknasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkansantan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selainanda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untukmendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selamasatu malam. Minum dua kali seminggu.
4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan airsuam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Sakit Angin
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah airrebusan ini :-
1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), duaulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit haliabersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.Memulihkan Tenaga Lelaki1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengahgelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelahitu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kaliseminggu.
2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudiandiikuti dengan meminum akar kayu.Mengubati Sakit MulutAnak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.* Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.* Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucukmanis sehingga warnanya putih.* Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit
1. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah.Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.
2. Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agakpedih sedikit.

Cairkan Lendir di TekakM
akan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.

Daun Pucuk manis Ubat Pitam
Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkanpaginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.

Daun Sirih Ubat Kembung Perut
Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut,cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daunsirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.

Penawar Sakit Kepala
1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkanpetua ini :o Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.o Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambilmemicit-micit kepala selama 15 minit.
2. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikitgaram, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis.Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketikadan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangandan rambut jadi lembut.
4. Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudiantempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
5. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkansehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya.Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.

Menambahkan Darah
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :
1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah sertatapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelassantan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiappagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda seringbuang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnyasehingga sakit perut hilang.
2. Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.

Mengurangkan Tekanan
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.

Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan
Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidihdan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudiangunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasakurang selesa.

Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehinggaairnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minumseperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

Anak-anak Demam Berlarutan
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkankeseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Elak Keracunan Udang atau Ketam
Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu.Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.

Mententeramkan Jiwa
Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quransekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi.

Gusi Berdarah
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :
1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam.Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hariberturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi
.2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabilamengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika.Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam

Bibir Pecah Akibat Kepanasan
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacausehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.

Hentikan MuntahMuntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badanpenat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buahpelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikankepada yang sedang muntah untuk diminum.

Hilangkan Rasa Pijar
1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa.Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.
2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalamair batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasapijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.

Jadam Legakan Bengkak
Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahansebiji limau nipis. Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukanpada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas plastik.Biarkan semalaman.

Tersusuk Duri
1.Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut.Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluardengan sendirinya.
2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudianbakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.

RuamBayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untukmenyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-
1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkanke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanjiini akan disapukan pada ruam panas.
2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudiancampurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan padakulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.

Penawar Bisul
1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul.Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yangkena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukanbeberapa kali hingga bisul itu hilang.
3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan padakeliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehinggabisul itu sembuh.
4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan airsejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga iakering.
5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya.Sapukan pada permukaan bisul.

Mencantikkan Kulit Bayi
1.Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudianmandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.Ketuat1. Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuatsetiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.
2. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat.Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengansendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.

Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih
1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguhdan letih.
2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hinggamengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerapyang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.

Mengubat Kaki Terseliuh
Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yangsakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.

Kurangkan Panas Badan Anak
Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan dikepala anak anda.

Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satusudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.
2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelasair. tapis dan minum setiap hari
3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kalisehari. Amalkan selalu.
4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari

.Mabuk Kenderaan
1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikitgaram sebelum memulakan perjalanan.
2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabilaterasa loya semasa dalam perjalanan.

Mandul
Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Keputihan
1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih.Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiaphari.
2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup danbiarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang.Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang.
3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.

Merawat Lebam Akibat Tercedera
Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batumengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yanglebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.

Melegakan Cirit Birit
1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambilsatu cawan teh o pekat kemudian diminum.
2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan padaperut dan balutkan dengan kain3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil.Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit

.Sukar Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagianpinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabuatau kering, berbeza dari warna asalnya.

Bayi Sukar Buang Air Besar
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukanpada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari

Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yangsakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.

Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuahmangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.

Menajamkan Penglihatan
1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialahdengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangiseperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkanmemakan benda yang manis.
3. Bercelak ketika hendak tidur.
4. Kerap duduk mengadap kiblat.
5. Makan lobak putih selalu.

Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak.Biarkan sehingga sakit gigi lega.

Mencegah Penyakit Buasir
Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat keduabelah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggungkedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskannafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari.Mudah-mudahan sembuh.

Jika Terminum Racun ??Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkanrawatan selanjutnya dari doktor.

Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya,rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupaskulitnya.

Mengatasi Mual Ketika Mengandung
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.

Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yangmendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.

Menghidap Barah RahimUntuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuhdi dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.

Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garamjantan, minum tiga kali sehari.

Menghilangkan Angin
Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gulamelaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari.Lebih elok diminum selepas makan nasi.

Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garamitu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan.Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitanjuga hilang.

Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas
1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allahkulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yangterkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkanbeberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalambotol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.

Mengubati Senggugut
1. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang ataurumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
2. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat.Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkanmeminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
3. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantanatau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari danembunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah.Lakukan selama tiga malam.