Thursday

Diabetes semakin menular

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.my

Pesakit diabetes perlu sentiasa memeriksa kandungan gula dalam darah.
MUNGKINKAH apa yang dirisaukan selama ini menjadi kenyataan. Sebelum ini aras glukosa dalam badannya agak tinggi. Risau dan gelisah. Dia disahkan menghidap diabetes atau kencing manis. Yuen Kim bakal kehilangan kaki kanannya untuk selama-lamanya.
Menyesal kerana selama ini dia tidak berhati-hati soal makanan dan gaya hidupnya sendiri.
Ini antara situasi yang sering dialami pesakit diabetes di seluruh dunia.
Kurang peka untuk mencegah penyakit.
Jika penyakit ini tidak dicegah daripada peringkat awal, ia boleh menyebabkan kerosakan mata, serangan jantung, strok dan kerosakan kaki.
Menurut Pakar Endokrin, Dr. Hew Fen Lee, pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang diserang diabetes.
Jika dalam keluarga mempunyai sejarah penyakit ini, anak yang sulung paling berisiko tinggi menghidap diabetes.
Selain itu, gaya hidup seperti merokok dan berat badan yang berlebihan seperti obesiti menjadi faktor utama seseorang diserang diabetes.
Kini, diabetes jenis dua adalah jenis diabetes yang paling lazim berlaku dan penyakit ini dihidapi kira-kira 90 peratus pesakit diabetes seluruh dunia.
"Diabetes jenis dua disifatkan oleh kemerosotan progresif fungsi sel beta pankreas yang menghasilkan, menyimpan dan merembes insulin yang mengakibatkan hiperglisemia (aras gula darah yang tinggi) progresif.
Peningkatan pengeluaran glukosa oleh hati kerintangan insulin iaitu tubuh hilang kebolehan untuk menggunakan insulin dengan berkesan iaitu faktor genetik dan gaya hidup menyumbang kepada kerintangan insulin ini," katanya ketika sidang media eksklusif di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Selangor anjuran Merck Sharp & Dohme baru-baru ini.
Kematian setiap sepuluh saat, satu orang mati akibat punca yang berkait dengan diabetes dan diabetes ialah sebab kematian akibat penyakit yang keempat tertinggi di dunia.
Diabetes yang bersifat epidemik terus menimpa semakin ramai orang di merata dunia tetapi begitu ramai sekali yang kurang sedar mengenai keluasan global ancaman diabetes.
Data terkini menunjukkan bahawa kira-kira 246 juta orang seluruh dunia atau hampir enam peratus penduduk dunia sekarang hidup dengan diabetes.
Anggaran ini dijangka akan meningkat sehingga kira-kira 380 juta menjelang tahun 2025 jika tindakan tidak diambil.
"Bilangan pesakit diabetes dijangka akan meningkat dengan paling banyak di negara-negara membangun.
Komplikasi yang berkait dengan diabetes kini merupakan salah satu punca kematian yang utama di banyak negara terutamanya melalui peningkatan risiko penyakit kardiovaskular," jelasnya.
Dalam pada itu, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan bahawa jangka hayat berjumlah 23 juta tahun hilang disebabkan ketidakupayaan dan mutu hidup yang merosot akibat komplikasi diabetes yang boleh dicegah
Penjagaan diabetes sering kali mencuri masa yang berharga daripada pendidikan, pekerjaan bergaji dan waktu senggang.
Komplikasi akibat diabetes seperti penyakit arteri koronari dan penyakit vaskular periferi, strok, neuropati diabetes, amputasi, kegagalan ginjal dan buta kini meningkatkan ketidakupayaan, menyingkatkan jangka hayat.
Bahkan, ia menelan belanja kesihatan yang sangat besar bagi hampir setiap masyarakat.
Menguruskan diabetes
Diabetes dan komplikasinya pasti akan muncul sebagai salah satu ancaman yang utama terhadap sumber kesihatan awam sedunia pada masa depan dengan kos ekonomi dan sosial yang sangat besar terutamanya di negara-negara membangun.
Diabetes berkos tinggi walaupun sebelum didiagnosis lagi.
Kos langsung penjagaan kesihatan diabetes mencakupi antara 2.5 peratus hingga 15 peratus daripada belanjawan penjagaan kesihatan tahunan.
Pada tahun 2007 dunia dianggarkan akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM 828.58 bilion (AS $ 232 bilion) untuk merawat dan mencegah diabetes dan komplikasinya.
Menjelang tahun 2025, anggaran paling rendah ini akan melebihi RM 1,080 bilion (AS $302.5 bilion) di negara-negara yang berpendapatan sederhana seperti Malaysia, separuh daripada perbelanjaan perubatan diabetes digunakan ke arah pengawalan gula darah yang penting untuk mencegah hiperglisemia akut yang boleh mengancam nyawa.
Bakinya diagihkan antara penjagaan perubatan am dengan komplikasi kronik.
Langkah penjagaan
Menurut Dr. Fen Lee, untuk membantu mencegah diabetes jenis dua dan komplikasinya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan supaya orang ramai mencapai dan mengekalkan berat badan yang unggul.
Selain itu, masyarakat digalakkan sentiasa cergas dengan melakukan gerak kerja tetap yang sederhana berat selama sekurang-kurangnya 30 minit pada kebanyakan hari. Gerak kerja hendaklah ditambah untuk mengawal berat badan.
"Rawatan diabetes melibatkan penurunan glukosa darah dan aras faktor risiko lain yang diketahui merosakkan salur darah. Penggunaan tembakau juga mesti dihentikan untuk mengelakkan komplikasi," katanya.

Wednesday


  • Petua Melayu Lama. Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

  • 1. Bangkit Bersambut Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

  • 2. Wajah Suci Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

  • 3. Menyegarkan Payudara Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

  • 4. Taman Semerbak Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

  • 5. Lubang Jarum Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

  • 6. Suara Perindu Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

  • 7. Mengurut Pangkal Bunting Padi Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

  • 8. Payudara Montok Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
RAHSIA ALAMAT PERGERAKAN TUBUH

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu.Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita.Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai semata-mata.

Pergerakan Tubuh
Alamat
Kelopak mata kanan bergerak, beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak, melihat perempuan
Kelopak mata kiri bergerak dari atas, ada org akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak ,hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak,menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak,mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak,akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak,gembira dihati
Umbun bergerak,berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak,beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak,akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak,beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak,beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak,org yg mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak,alami kebahagiaan.
Telinga bergerak,akan berkelahi.
Kepala bergerak,ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri,beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak,harta hendak datang.
Bahu kiri bergerah-gerak,bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak,akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak,beroleh harta.
Pipi kanan bergerak-gerak,alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak,sentiasa bahagia.
  • wallahualam...........

Thursday

Lake Toba Medan





 


























Tiba di Polonial airport jam 12 tengahari ,selepas lunch kami menyusuri perjalanan ke Lake Toba yang mengambil masa 4.5 jam dari kota Medan..., mula bertolak lebih kurang jam 4 .30pm dan tiba di Parapat jam 9.00 malam.
Dalam perjalanan singgah Di Teng2 ...beli la sedkit makanan ringan kat sana..
Perjalanan memang meletihkan disebabkan struktur jalan yang tidak rata dan bengkang -bengkok.
Lepas dinner ...tak der aper nak buat ,badan pun letih ...sume pon tidurrrrrrr.....zzzzz
Awal pagi selepas sarapan..menaiki feri menuju ke Pulau Samosir dan Tomok.Disana terdapat kampong suku Batak. Agak menarik jugak cerita dan sejarah yang terdapat di pulau berkenaan.

Cuma wasapada dengan peniaga-peniaga di sana....sume nye mau kita singgah shopping kat toko mereka...
so pandai-pandai dong!tersangkut kalu poket kosong pulangnya...tapi barang yang di beli ada kok!!!
Menghampiri waktu lunch ..menaiki feri ke Parapat semula.Lunch di Restoran Istana. Bertolak menuju Brastagi seterus nya bermalam di Medan.Dalam perjalanan ke Brastagi menuruni jalan yang sempit dan berliku-liku "macam nai keta kuda daa..."singgah di penghujung Lake Toba... Meninjau pemandangan di sekitar air terjun yang tinggi menjunam..percikan air yang di tiup angin ynag agak kencang terasa bagai titisan air hujan...dingin sekali...

                                            " Air terjun melebihi 100 meter tinggi